- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
25 Aug, 2019 From 9:30 AM to 1:00 PM Kampung Ubi CC, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Sesi untuk Jemputan Khas ke acara Duit ! Duit!
Sempana Bulan Bahasa, sesi jemputan khas ini bertujuan memberi pendedahan kepada tetamu mengenai acara ini supaya dapat mempertimbangkannya untuk organisasi atau kumpulan sasaran tertentu.
Kami mengundang:
Wakil dari organisasi atau sekolah, atau persatuan pelajar-pelajar
Wakil dari MESRA, PA, MAEC
Wakil dari unit-unit kebajikan privat atau umum
Apa itu Duit! Duit! ??
Objektif: Meningkatkan penggunaan dan pemahaman kosa kata bahasa Melayu dalam aspek ekonomi dan kewangan peribadi dan kewangan kekeluargaan
Sinopsis:
Duit Duit merupakan bengkel interaktif menggunakan alat mudah untuk transaksi. Melalui permainan dalam bengkel ini, para peserta akan mengenali konsep-konsep asas ekonomi, harta dan transaksi dalam kontek Singapura.
Details
Tempat Terhad untuk 10 organisasi/sekolah pertama.
Untuk pertanyaan, hubungi/WA En. Abu Bakar di 9188 0610
Acara selanjutnya untuk untuk umum / organisasi - $20 setiap seorang
1. Sabtu, 7 September 2019: 2.00pm (taklimat), 3.30pm-5.30pm (permainan ringkas) di 'Asian Civilisation Musuesm (ACM)'
2. Sabtu, 14 September 2019: 11am - 2.30pm (permainan ringkas) di 'Woodlands Library
3. Sabtu,
28 September 2019: 2.30pm - 5.30pm (permainan ringkas) di Wisma Geylang Serai
Mengenai BDMI :
Bio Dew Management International & Institute (BDMI), atau BDMI, adalah sebuah organisasi yang tidak asing dalam bidang pembangunan perkahwinan dan kekeluargaan (ROC 53069865W).
Pengasas-pengasas BDMI mempunyai 30 tahun pengalaman sebagai pelatih pasangan berumahtangga dan kini pelatih keibubapaan. Pernah menganggotai komiti pengubah kurikulum kursus dan sekali gus adalah penganjur kursus berumahtangga. Kursus terkini termasuk Cinta Abadi yang di sokong oleh MSF, ROMM dan MUIS.
Selain itu, pengasas BDMI juga aktif dalam menceburi perniagaan-perniagaan kecil, berpengalaman sebagai penasihat kewangan bertauliah untuk persendirian dan korporat, dan memberi ceramah dalam bidang kewangan Islam, termasuk emas dan perak.